Adab Makan(2)-Bolehkah orang yang tidak diundang turut serta dalam majlis?

30 09 2009

Dari Abu Mas’ud al-Badri r.a., katanya: “Ada seorang lelaki mengundang Nabi s.a.w. untuk menghadiri suatu jamuan makanan yang dibuat untuk beliau, sebagai seorang kelima dari lima orang yang diundang untuk itu. Tiba-tiba orang-orang yang diundang itu – diikuti oleh seseorang – yang tidak ikut diundang. Setelah beliau s.a.w. sampai di pintu, lalu beliau s.a.w. bersabda: “Orang ini mengikuti kita semua. Jadi jikalau engkau suka mengizinkan untuk ikut – biarlah ia ikut, tetapi jikalau engkau tidak menyukainya, biarlah ia kembali saja.” Orang yang mengundang lalu menjawab: “Bahkan saya mengizinkannya, ya Rasulullah.” (Muttafaq ‘alaih)

Kita wajib memenuhi jemputan ke majlis jamuan, selagi mana ia bukan majlis maksiat. Namun seringkali berlaku, orang yang tidak diundang turut mengikuti orang yang diundang ke majlis tersebut.

Dalam kes ini Rasululullah S.A.W. mengajar kita supaya bertanyakan kepada tuan rumah, bolehkah orang yang tidak diundang tetapi mengikuti itu turut serta dalam majlis. Dan terpulanglah kepada tuan rumah sama ada mahu membenarkannya atau tidak.

Maka janganlah kita kecil hati sekiranya kita tidak dibenarkan menyertai majlis jika kita tidak diundang. Kepada tuan rumah pula, usahlah rasa bersalah jika tidak membenarkan orang yang tidak diundang menyertai majlis kerana ia adalah hak anda. Akan tetapi semestinya kita beroleh lebih banyak kebaikan jika turut membenarkannya.

Indahnya sunnah Nabi S.A.W. Inilah yang dinamakan keadilan!





Adab Makan(1) – Jangan Mencela Makanan Dan Sunnahnya Memuji Makanan

29 09 2009

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. itu tidak pernah mencela sama sekali pada sesuatu makanan. Jikalau beliau s.a.w. ingin pada makanan itu beliaupun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka beliau tinggalkan – tanpa mengucapkan celaan padanya.” (Muttafaq ‘alaih)

Dari Jabir r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. meminta lauk pauk kepada keluarganya, lalu mereka  berkata: “Tidak ada yang kita punyai melainkan cuka. Beliau s.a.w. lalu memintanya dan mulailah beliau makan serta bersabda: “Sebaik-baik lauk pauk ialah cuka, sebaik-baik Iauk pauk ialah cuka.” (Riwayat Muslim)

Bersyukur dengan  apa yang ada.

Bersyukur dengan apa yang ada.

Sebagai makhluk yang bergelar hamba, adalah sangat tidak patut bagi manusia mencela rezeki yang dikurniakan kepadanya. Apatah lagi di Jepun ini, makanan halal melimpah ruah dan mudah didapati.

Adalah sangat memalukan jika ada muslim yang mencela makanan. Bukan saja bercanggah dengan sunnah, malah kita dapat lihat di dalam masyarakat Jepun sekalipun, mereka diajar cara yang “sederhana” jika tidak gemar akan sesuatu makanan.

Mereka biasa menyebut “Kuci ni awanai (口に合わない” – jika dialih bahasa bermaksud “tidak sesuai dengan mulut saya”. Mahukah kita lebih songsang dari orang Jepun yang majoritinya tidak beragama ini?





Solat Sunat Aidilfitri 1430H

28 09 2009

Ahad, 20 September 2009 bersamaan 1 Syawal 1430H menyaksikan umat Islam Nagaoka dari pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai negara dan bangsa melaksanakan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah tepat jam 8:45 pagi. Aqidah yang sama menghapuskan perbezaan warna kulit dan bahasa. Subhanallah.Indahnya Islam.

Bertakbir sebelum solat

Bertakbir sebelum solat

Terkenang kampung halaman.

Terkenang kampung halaman.

Solat sunat Aidilfitri yang diimami oleh Akh Zaim diikuti dengan khutbah yang penuh bersemangat disampaikan oleh Akh Fahmi.

Khutbat yang membakar semangat.

Khutbah yang membakar semangat.

Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan

Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan

Alangkah indahnya suasana hari raya apabila kita mempunyai masjid sendiri. Semoga Allah permudahkan proses pembinaan Masjid Nagaoka.





Iftar dan Moreh Ramadhan 1430H

27 09 2009

Amalan iftar dan moreh di surau telah diamalkan setiap tahun di sepanjang bulan Ramadhan.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam telah bersabda : “Barangsiapa yang memberi makanan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti yang diperoleh orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikitpun juga” (HR. Ahmad 1/114-115 dan 116, 5/192; Tirmidzi 804; Ibnu Majah 1746; dan Ibnu Hibban 895; dengan sanad shahih).

Airkrim pun aiskrim lah...

Airkrim pun aiskrim lah...

Alhamdulillah… Dengan perlaksanaan iftar ini sedikit sebanyak dapat menarik orang ramai untuk berbuka secara berjama’i dan seterusnya solat fardhu Maghrib secara berjemaah. Begitu juga dengan moreh. Semakin bersemangat para jemaah menunaikan solat fardhu Isya’ dan seterusnya solat sunat terawih.

"Sabar-sabar. Semua orang dapat."

"Sabar-sabar. Semua orang dapat."

Subhanallah… Daya tarikan yang ada pada makanan sedikit sebanyak dapat meningkatkan bilangan jemaah. Yang tua, yang muda, yang besar, yang kecil, yang lelaki maupun yang perempuan, semuanya turut serta. Jom ramai-ramai beriftar dan moreh di surau pada Ramadhan tahun hadapan. InsyaAllah.

Yang besar mahupun yang kecil, semuanya turut serta.

Yang besar mahupun yang kecil, semuanya turut serta.





Zakat Fitrah Ramadhan 1430H

26 09 2009

Dari Ibnu Umar r.a. ia berkata, “Rasulullah saw. telah memfardhukan (mewajibkan) zakat fitrah satu sha’ tamar atau satu sha’ gandum atas hamba sahaya, orang merdeka; baik laki-laki maupun perempuan, baik kecil maupun tua dari kalangan kaum Muslimin; dan beliau menyuruh agar dikeluarkan sebelum masyarakat pergi ke tempat solat sunat Aidilfitri.” (Muttafaqun ‘alaih) :::1 sha’ = lebih kurang 3 kilo:::

Sah
Sah

Alhamdullilah… seruan Rasulullah s.a.w dan firman Allah s.w.t dalam perlaksaan rukun ke-4 sebagai seorang Islam berjaya dilakukan. Tahun ini kutipan bagi setiap orang ialah YEN1500. Terima kasih kepada amil bertugas; Akh Naim dan Akh Hanif.

Salah seorang penerima zakat - Saudara Fitri
Salah seorang penerima zakat – Saudara Fitri

Alhamdulillah sekali lagi kerana jumlah kutipan zakat yang memberangsangkan. Jumlah kutipan YEN 126,000 berjaya diagih-agihkan kepada saudara-saudari baru Islam Nagaoka dan saudara-saudara seIslam di tempat lain. Alhamdulillah.

Ya Allah. Bantulah hamba-hambaMu yang ikhlas membina rumahMu agar usaha seperti ini berterusan sehingga tertegaknya Islam dibumiMu. Amin.





Tadarus Ramadhan 1430H

25 09 2009

Hazrat Uthman ra meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda “Yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya” (Hadith Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasai Dan Ibn Majah)

"Mad 'Aridh Lissukun boleh dibaca 2, 4 atau 6 harakat"

"Mad 'Aridh Lissukun boleh dibaca 2, 4 atau 6 harakat"

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang mempertemukan hamba-hambaNya untuk belajar dan mengajarkan al-Furqan.

Tadarus al-Quran pada tahun ini dilakukan setiap hari selepas solat sunat terawih bermula 1 Ramadhan 1430H. Alhamdulillah. Walaupun sehingga 29 Ramadhan 1430H kami sempat membaca sebanyak 15 juzu’, insyaAllah, pada Ramadhan 1431H seluruh juzu’ al-Quran akan dapat dikhatamkan. InsyaAllah. Bukan bilangan muka surat yang dijadikan ukuran, tetapi objektif yang menjadi matlamat. Alhamdulillah. Yang tidak tahu membaca boleh membaca, yang gagap menjadi fasih, yang fasih menjadi faham, yang faham menjadi amalan.

Ala-ala Syeikh Misyhari al-Afasyi

Ala-ala Syeikh Misyhari al-Afasyi

Moga-moga dengan terbinanya Masjid Nagaoka nanti, bukan setakat khatam al-Quran dalam bulan Ramadhan, malah Majlis Khatam al-Quran akan dilakukan. InsyaAllah.





Kuliah Subuh 29 Ramadhan 1430H

24 09 2009

Fokus

Fokus

Kasih sayang dan rahmat Allah s.w.t telah mengizinkan sebahagian dari hamba-hambaNya untuk solat Subuh berjemaah pada sabtu, 29 Ramadhan 1930H taktala sebahagian yang lain enak diulit mimpi. Syukur alhamdulillah.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah Isyak dan Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya sekali pun dengan merangkak. Sungguh, aku ingin menyuruh mengerjakan solat, lalu solat itu ditegakkan, kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami solat bersama orang ramai. Kemudian beberapa orang lelaki berangkat bersamaku dengan membawa kayu yang diikat, mendatangi suatu kaum yang tidak menghadiri solat berjemaah, sehingga aku bakar rumah mereka.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kemeriahan solat Subuh yang diimami oleh Akh Hanif diserikan lagi dengan kuliah Subuh selama 1 jam oleh Akh Fauzi Haris. Topik perbincangan ialah tadabbur surah al-Waqi’ah ayat 1-14 dan kupasan sebuah hadith qudsi mengenai neraka Jahannam.

Tadabbur surah al-Waqi'ah ayat 1-14

Tadabbur surah al-Waqi'ah ayat 1-14

Surah al-Waqi’ah (1-14) :: “Apabila berlaku hari kiamat itu, tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. Ketika itu ada orang yang rendah hina (kafir) dan ada pula orang yang tinggi mulia (mukmin). Apabila bergoyang bumi segoyang-goyangnya. Dan hancur gunung-gunung sehancur-hancurnya. Sehingga ia menjadi debu yang berterbangan. Ketika itu kamu ada tiga macam; iaitu golongan kanan. Siapakah golongan kanan itu? (Orang-orang mukmin yang ditunjukkan buku-buku amalan di sebelah kanan). Dan golongan kiri. Siapakah golongan kiri itu? (Orang-orang kafir yang ditunjukkan buku-buku amalannya dari sebelah kiri). Dan orang-orang dahulu yang terdahulu terdahulu masuk Islam. Mereka itu orang yang hampir disisi Tuhan. Dalam syurga kesenangan. Mereka itu banyak di antara orang-orang terdahulu. Dan sedikit di antara orang-orang yang kemudian.” – Tafsiran Prof Dr. Mahmud Yunus

"Neraka Jahannam itu..."

"Neraka Jahannam itu..."

Hadith qudsi :: “Wahai bani Adam. Bagaimana kamu boleh melakukan maksiat lagi kepada Allah sedangkan kamu tidak mampu untuk menahan panasnya matahari. Dan neraka Jahannam itu ada 7 tingkat. Di dalam neraka Jahannam itu ada api yang saling makan memakan (sabung-menyabung) antara satu sama lain. Pada setiap tingkat neraka itu ada 70,000 cawangan daripada api neraka. Dan pada setiap cawangan itu ada 70,000 buah kampung. Dan pada setiap kampung itu ada 70 buah rumah di dalamnya. Dan pada setiap rumah itu ada 70,000 buah bilik daripada api neraka.Dan pada setiap bilik itu ada 70,000 buah kotak. Dan pada setiap kotak itu ada 70,000 ekor kala jengking. Dan di atas kotak itu ada 70,000 batang pokok zaqqum. Dan di bawah setiap pokok zaqqum itu ada 70,000 rantai daripada api neraka. Dan setiap rantai neraka itu diseret oleh 70,000 malaikat. Dan di sana terdapat 70,000 ekor ular daripada api neraka. Dan bagi setiap ekor ular itu di dalam mulutnya ada lautan daripada racun yang hitam pekat. Demi kebesaaran zat-Ku,  Aku bersumpah. Demi Bukit Tursina, dan demi kitab yang tersusun cantik dari lembaran yang terbuka luas, dan demi Baiti Makmur, dan demi atap yang tinggi (langit), dan demi lautan yang di dalamnya ada api yang mendidih. Segala apa yang Aku janjikan adalah untuk orang-orang yang kafir (ingkar), dan orang-orang yang suka melaga-laga orang lain, dan orang-orang yang menderhaka kepada ibu bapa, dan orang-orang yang menunjuk-nunjuk dalam beribadat, dan orang yang enggan membayar zakat, dan penzina-penzina, dan peminum-peminum arak, dan orang menzalimi anak yatim, dan orang-orang yang menipu dan mengumpat, dan orang yang menyakiti jiran sebelah. Kecuali bagi orang-orang yang bertaubat dan orang beriman kepada Allah dan orang-orang yang beramal dengan amalan soleh.”

Ikuti huraian penuh hadith qudsi di atas.
Kuliah Subuh 29 Ramadhan 1930H.mp3

Kuliah Subuh 29 Ramadhan 1930H (4)

Semoga Allah merahmati hamba-hambaNya yang soleh

Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan lagi dengan tertubuhnya Masjid Nagaoka. InsyaAllah.





Masjid Nagaoka

23 09 2009

Masjid Nagaoka – sebuah impian dan harapan.

Masjid Nagaoka

Masjid Nagaoka to be

Allah s.w.t telah mengilhamkan hamba-hambaNya untuk mendirikan sebuah rumahNya dibumi Nagaoka yang semakin subur dengan Islam dicelah-celah kekufuran dan kefasikkan. Semoga benih-benih Islam yang ditanam hari ini dapat dituai hasilnya kelak di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.