Kuliah Maghrib- Ucapkanlah Terima Kasih Dan Ingatlah Kebaikan Orang Lain (siri 2)

8 10 2009

Kisah Rasulullah S.A.W. dan Mat’am bin ‘Adi.

Sebelum peristiwa Hijrah, Rasulullah S.A.W. sempat keluar dari Mekah untuk berda’wah kepada penduduk kota Taif. Baginda ditemani Zaid Bin Harithah. Tetapi penduduk Taif menolak da’wah baginda malah baginda dikasari oleh mereka. Batu-batu yang dibaling mengenai jasad baginda hingga mengalirkan darah. Tetapi inilah bukti ketabahan  Rasululullah S.A.W. dalam menyampaikan risalah Islam. Sejauh mana pula usaha kita untuk menyampaikan agama Allah ini?

Rasulullah S.A.W. meninggalkan Taif dan kembali ke Mekah, namun baginda tidak terus masuk ke Mekah begitu saja.  Baginda telah meminta suaka dari seorang musyrik bernama Mat’am Bin ‘Adi sebelum memasuki kota Mekah. Mat’am bersetuju dengan permintaan baginda dan telah mengarahkan anak-anaknya melengkapkan diri dengan senjata. Mereka mengawal empat penjuru ka’abah dan Mat’am mengumumkan bahawa dia memberikan perlindungan kepada Rasulullah S.A.W.

Di dalam kitab “Fiqh Al-Harakah Dari Sirah Nabawiyyah“, Ustaz Abdul Hadi Awang menulis bahawa jasa Mat’am tetap dikenang oleh Rasulullah S.A.W., meskipun dia terus kafir. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda berhubung dengan tawanan perang Badar. Kata baginda, “Kalaulah masih hidup Mat’am dan ia meminta aku membebaskan kesemua tawanan ini, nescaya aku bebaskan mereka”.

Sikap mengenang budi yang ditunjukkan Rasulullah S.A.W. hendaklah menjadi pengajaran kepada kita, apatah lagi jika yang berbuat kebaikan itu adalah saudara seagama.  Bagi kita yang berada di bumi ghuraba, ingatlah kebaikan saudara-saudara seagama yang telah membantu kita, baik sedikit mahupun banyak. Malah jika ada orang kafir yang berbuat kebaikan kepada kita, ingatlah kebaikan tersebut.

Di antara hikmah mengenang kebaikan orang lain ialah dapat mengelakkan pergaduhan apatah lagi persengketaan sesama manusia. Salah faham sesama manusia tidak mustahil berlaku, dan adakalanya boleh menjurus ke arah persengketaan yang serius. Namun sekiranya orang yang bersengketa itu mengenang kembali kebaikan masing-masing dan jasa yang telah dicurahkan sesama mereka sebelum ini, hati mudah menjadi lembut dan lebih cenderung kepada perdamaian. Inilah hikmah yang kita perlu sedar.

Namun begitu apabila manusia menggunakan alasan “mengenang jasa” hingga mengenepikan hak Allah, maka usahlah berbelah bagi lagi untuk mengatakan TIDAK kepadanya. InsyaAllah akan dikupas dalam siri yang terakhir.

Bersambung…


Actions

Information

2 responses

9 10 2009
inksensei

Salam bro. MasyaAllah. This is such a great blog. Blog yang ternyata sangat bermanfaat. Terimakasih bro di atas tulisan2 yg indah ini. Teruskanlah menulis, teruskanlah dakwah. Moga Allah menerima amal ikhlas kalian. InsyaAllah =)

14 10 2009
Kuliah Maghrib- Ucapkanlah Terima Kasih Dan Ingatlah Kebaikan Orang Lain (siri akhir) « Nagaokamasjid's Blog

[…] Ucapkanlah Terima Kasih Dan Ingatlah Kebaikan Orang Lain (siri akhir) Telah disebut peristiwa Rasulullah S.A.W. dan Mat’am Bin ‘Adi. Rasulullah S.A.W. tetap mengingati kebaikan yang telah Mat’am lakukan walaupun dia […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: