Berapa kalikah kita membuat kira-kira dalam hidup

18 10 2009

Selalunya perkataan “kira” atau “kira-kira” tidak dapat lari dengan subjek matematik. Samada kita suka atau tidak subjek ini di sekolah, kita amat perlukan kemahiran ini untuk menjamin perjalanan kewangan kita terutamanya supaya lebih tersusun dan dapat di uruskan dengan baik. Namun sejauhmanakah kita gunakan kemahiran kira-kira kita untuk akaun akhirat?. Satu persoalan yang suka saya lontarkan untuk kita sama-sama fikirkan.

Selalunya kalau di letak tajuk “muhasabah” dalam tajuk syarahan atau tulisan, orang akan kata ini mesti ceramah agama. Kalau kita tengok balik, dulu subjek matematik pun di panggil ilmu hisab.  Tak kiralah apa orang panggil pun, yang penting kemahiran membuat kira-kira ini memang penting. Bukan sahaja untuk kehidupan dunia, tetapi juga untuk akhirat. Mari kita lihat satu persatu senario di bawah dalam ayat dan situasi yang lebih mudah faham.

Situasi 1:

Ketika solat Jumaat, tabung derma sedang di tolak di saf yang kita berada. Kita pun dah mula buat kira-kira sebab dalam poket hanya ada RM50 dan 20sen. Nak bagi RM50….nanti, duit tengok wayang habis. Silap haribulan duit makan kat warung yang selalu kita lepak pun takde. Bila nak masukkan 20sen, terasa macam malu la pulak nanti orang tengok kita bagi duit syiling je. Kalau dulu takpe la ada duit syiling RM1, tapi sekarang dah takde...last-last selepas beberapa congakan yang kita buat, se-duit pun kita tak letak.

Situasi 2:

Kita merancang untuk pergi menunaikan haji di Mekah. Kos semuanya termasuk tambang kapal terbang, penginapan, makan minum dan sebagainya di anggarkan dalam RM20 ribu. Bila di buat kira-kira kos membuat haji ni lebih mahal kalau nak di bandingkan dengan upah orang buat haji (niyabah dalam haji) bila kita dah mati nanti, ianya akan jadi lebih murah mungkin hanya 10% dari kos pergi haji sendiri. Akhirnya kita membuat keputusan, tak payah la pergi haji sebab kos nya terlalu mahal. Bukan sebab kita tak mampu, tapi sebab ada kaedah lain yang kita rasa dapat jimatkan kos.

Situasi 3:

Kita pergi menunaikan haji. Sempat menunaikan solat di Masjid Nabawi, di hadapan Kaabah dan beberapa masjid yang dijanjikan pahala yang beribu kali ganda di bandingkan dengan menunaikan solat di masjid-masjid lain. Selepas selesai solat, kita pun membuat kira-kira dan kata..”Selepas membuat kira-kira pahala yang aku dapat dengan menunaikan solat di tempat-tempat tadi, maknanya semua dosa yang aku tinggalkan solat sebelum ni kira dah selesai lah…alhamdulillah!”

calculator

Kalkulator ini sesuaikah untuk mengira pahala dan dosa kita?

(Ditulis oleh fauziharis)


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: