Kira-kira dan berkira (Sambungan)

19 10 2009

Sambungan dari tulisan yang lepas, di sini saya suka untuk memberikan beberapa lagi situasi untuk sama-sama kita fikirkan sebagai sebahagian dari muhasabah diri.

Situasi 1:
Waktu solat yang telah diwajibkan kepada umat Islam hanya 5 kali sehari. Kenapa pula nak kena buat solat sunat?

Situasi 2:
Derma untuk pembinaan masjid yang telah dirancang oleh jawatankuasa masjid supaya di kutip di kalangan pelajar Malaysia ialah 2000yen sebulan. Kenapa aku nak bagi lebih?. Mujur aku bagi juga 2000 yen tu. Kalau aku tak bagi langsung….

Situasi 3:
Kuliah maghrib yang telah dijadualkan akan dibuat pada hujung minggu ni akan berlangsung. Sambil memerhatikan email hebahan, kita pun mula membuat kira-kira. Duit minyak nak ke kaikan (surau sementara tempat buat kuliah maghrib) aje dah berapa yen, masa lagi…bukan setakat masa kuliah tu aje sejam, nak tunggu solat maghrib lagi pastu sambung dengan solat isyak pulak…hish..lama tu!.

Kita pernah dengar yang Nabi SAW dan para sahabat solat begitu lama. Malah ada di dalam suatu hadis sahih yang mengatakan pada satu2 rakaat kekadang Rasulullah membaca surah-surah panjang seperti Al-Baqarah, Ali Imran dan Al-Maidah. Pernahkah kita terfikir, macammana Nabi dan para sahabat blh berdiri begitu lama sedangkan kita solat 5 minit pun penuh dengan rungutan kalau imam baca surah Al-Mulk atau As-Sajadah. Jawapannya ialah kerana mereka merasai kemanisan dalam beribadah. Begitu juga dalam bersedekah, bagi mereka yang blh merasai kemanisannya, ia akan mencari sebanyak mana peluang yang blh bagi ia terus meneruskan bersedakah.

Seorang sahabat pernah bertanya kepada saya, bagaimana untuk nak terangkan kepada Non-Muslim yang kita umat Islam ini melakukan suatu ibadah itu sebagai WAJIB. Tidak dapat tidak, kita kena buat. Memang pada permulaannya ia agak sukar, tetapi bila kita sudah mula mencapai tahap kemanisan sesuatu ibadah, semua itu tidak mustahil dan kita akan sering melakukannya dengan penuh rasa suka.

Itulah sebenarnya “kunci” kepada kebahagian. Bukan sahaja kebahagian hidup di dunia, tetapi juga akhirat. Biarlah ibadah yang kita lakukan itu hanya sedikit, tp kalau ianya di lakukan secara istiqamah dan ikhlas, hati akan menjadi tenang dan kegembiraan akan lahir dari amal kebajikan yang kita buat itu.

Kesimpulannya, kalau kita mahu “berkira-kira” dalam agama, beberapa persoalan yang mungkin blh di tanya pada diri kita;
i. Berapa lama tempoh kita mahu hidup di dunia ini?
ii. Rezeki siapa yang sedang kita kecapi ini?
iii. Bumi milik siapakah yang sedang kita duduk ini?

Pesan Imam Ghazali:
“Cintailah sesiapa yang kau sukai di dunia ini, tetapi ingatlah bahawa suatu hari nanti kau akan berpisah dengannya. Hiduplah sebagaimana yang kau kehendaki di dunia ini, tetapi ingatlah bahawa suatu hari nanti kau akan mati. Buatlah apa yang kau sukai di dunia ini, tetapi ingatlah bahawa suatu hari nanti kau akan dibalas setimpal dengannya.”


Actions

Information

One response

24 10 2009
ImanH

Salam kesepaduan dari saya, saya suka sekali ingin berkongsi buah fikiran yg ada. Pernahkah kita terlintas di minda,juga di dalam hati kita..bahawa kita insan yg diberi nama manusia ini untuk berasa malu dengan pencipta kita yg maha esa kerna DIA tidak pernah berkira-kira dalam memberi PINJAMAN nyawa yg kita ada setiap hari,& untuk memberi degupan jantung kita pada tiap detik….acapkali terdetik di hati ini…kita tidak perlu memikirkan masa yg ada..tp kita perlu fikir NYAWA serta denyutan NADI yg tidak pasti akan ada atau tidak untuk tiap detik yg akan datang..tanpa Ihsan Allah swt yg maha pemurah..maka tiadalah NYAWA pada kita,dengan itu tiadalah masa yg acapkali kita berkira-kira..oleh itu,sama-samalah kita mensyukuri nikmat NYAWA yg ada dengan sentiasa menjadi peneroka yg kekal dijalanNYA..InsyAllah…sesungguhnya manusia itu mudah lalai &alpa..sy juga mengingatkan diri saya & kalian diluar sana…
Wallahu’alam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: