Siri ISK – (5) Tujuan Hidup Manusia – Ibadah

29 10 2009

Al-Quran II

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ (٥٦)مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ (٥٧)إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ(٥٨

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang mempunyai kekuasaan Yang tidak terhingga, lagi Yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya.”

(Az-Zariyat 51:56-58)

Jelas. Manusia diciptakan untuk BERIBADAT. Ibadat yang bagaimana? Sembahyang semata-mata? Tidak. Tidak sesempit itu maksud ibadat. Yang menyempitkan erti ibadat itu ialah pemikiran manusia yang sempit akibat kurang kefahaman dalam agama.

Ibadah khusus: Ibadah yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung dalam rukun Islam dan juga seumpamanya seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan sebagainya.

Ibadah umum: Segala perkara atau pekerjaan selain dari yang tersebut di atas yang dilakukan semata-semata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.

Jadi, mudah bukan. Niatkanlah setiap perbuatan itu untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Contohnya, makan. Niatkan setiap kali kita makan itu untuk mendapatkan tenaga agar boleh melakukan ibadat khusus dan kebaikan di muka bumi semata-mata untuk redha Allah. Begitu juga dengan tidur, belajar, berjalan, menonton televisyen dan lain-lain.

Gamers! Cuba fikirkan bagaimana bermain games boleh mendapat keredhaan Allah. Kalau ada, silalah bermain. Kalau tiada, hentikan.

Manusia sering terkeliru mengenai tugas utama mereka iaitu menjadi hamba Allah dan menuruti segala perintahNya. Manusia samar-samar dalam mencari tujuan mereka diciptakan, tujuan mereka dilahirkan ke dunia. Dalam kesamaran dan kegelapan, manusia terkapai-kapai, cuba menggapai identiti diri. Sehingga akhirnya mereka mungkin mengejar perkara yang sudah lama ditetapkan oleh Allah, antaranya persoalan rezeki dan kebahagiaan dunia.

ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إلهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُوْنَ بَيْنـَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا. رواه البخاري ومسلم

“…kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.”

(HR Bukhari. Hadith No.4, Hadith 40 An-Nawawi)

“Rezeki sudah ditetapkan. Mengapa perlu cari lagi? Kebahagiaan di dunia sudah ditetapkan. Mengapa perlu risau lagi? Duduk sajalah di rumah menunggu rezeki dan kebahagiaan dunia datang bergolek” Sebuah provokasi yang membingungkan manusia.

Bukan itu yang dimaksudkan dengan hadith di atas. Hatta rezeki untuk seekor burung tiong pun memang sudah ditetapkan, tetapi ulat beluncas tidak akan masuk dengan sendirinya ke dalam mulut tiong.  Begitu juga manusia. Rezeki sudah ditetapkan, carilah ia. Tapi ingat, mencari rezeki bukan tujuan manusia diciptakan, tetapi pengabdian kepada Allah. Ini yang sering mengelirukan manusia, menipu manusia agar mengejar kemewahan dunia.

Kejarlah kemewahan dunia tetapi kegagalan itu pasti jika ia bukan rezeki mu.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: