Musafir Lalu

18 11 2009

Daripada lbnu ‘Umar r.a. beliau berkata:
Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu.

lbnu ‘Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

HR lmam al-Bukhari (Hadith No.40, Hadith 40 oleh Imam Nawawi)

Pengajaran hadis:

(1) Kehidupan di dunia adalah kehidupan sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Kerana itu, manusia di minta agar mengambil berat soal akhirat dan mengambil dunia seumpama seorang musafir lalu atau seorang dagang, yang hanya membawa barang keperluan di perjalanan, bukan membawa semua barang-barang.

(2) Seorang mukmin tidak harus memanjangkan angan-angannya, kerana dia terdedah kepada panggilan maut pada bila-bila masa. Dia semesti sentiasa berwaspada menghadapi maut. Apabila pagi tiba, seolah-olah dia tidak akan hidup hingga ke petang dan apabila tiba waktu petang, dia merasa seola-olah dia tidak sempat menghirup udara pagi esoknya.

(3) Larangan memanjangkan angan-angan dan gesaan agar hidup secara sederhana tidak bermakna lslam menghalang kemajuan dan kekayaan. lslam membenarkan penganutnya menjadi hartawan dan negara lslam menjadi sebuah negara maju tetapi dengan syarat menjadi seorang mukmin dan negara lslam yang bertaqwa. Kemajuan dan kekayaan adalah untuk Allah.

Wallahu ‘alam





The Arrival – Ketibaan

10 11 2009

Sebuah Dokumentari Dajjal MESTI TONTON oleh semua.

Produksi oleh http://www.wakeupproject.com

Tonton

Dajjal… Siapa Dajjal sebenar? Di mana IA sekarang? Benarkah IA bermata satu? Apa kaitan Dajjal dan Anti-christ?

Saksikannya sendiri…