Kita hanya ada 2 pilihan

1 01 2010

Di dalam Al-Quran ada di nyatakan bahawa setiap sesuatu yang diciptakan ini ada pasangan. Adam dan Hawa, malam dan siang, tinggi dan rendah, kecil dan besar, syurga dan neraka dan berbagai lagi pasangan2 yang kalau nak ditulis di sini boleh di buat satu ensiklopedia khas pasangan2 ini. Bukan itu yang ingin di utarakan dalam entri kali ini. Namun itu sebagai titik tolak untuk kita sama-sama fikirkan tentang diri kita sebagai manusia yang telah Allah beri tugas sebagai khalifah di muka bumi ini.

Dalam hidup sehari-hari pernahkah kita terfikir…”masuk syurga kah aku nanti atau ke neraka kah aku nanti?” bagi orang-orang Jepun yang bukan muslim, mereka tidak percaya akan adanya hari Akhirat dan hari pembalasan. Namun dalam mereka tidak percayakan nya pun, mereka tetap menjadi manusia yang baik dalam kacamata manusia lain, pembersih, amanah dan pelbagai karakter baik yang lain. Tetapi pernahkah kita terfikir, sebagai seorang Muslim yang percaya kepada hari Akhirat adakah kita telah pun mengikuti arahan dan saranan yang telah Allah dan Nabinya gariskan dalam Al-Quran dan Hadis?.

Dalam salah satu ceramah yang pernah saya ikuti, ada manusia yang berbuat baik kerana takutkan siksa Allah, ada yang berbuat baik kerana mahukan ganjaran dari Allah…mana2 satu pun ok. Asal kita buat baik kerana Allah, jangan kerana makhluk.

Dalam konteks tajuk entri kali ini, cubalah ambil sedikit ruang masa yang ada untuk fikirkan tentang diri. Janganlah terlalu sibuk hingga hak badan pun tidak di jaga. Seorang sahabat Nabi yg bernama Salman Al-Farisi pernah menegur saudaranya yang telah disaudarakan oleh Nabi SAW, iaitu Abu Darda tentang perlunya kita menjaga hak badan iaitu badan perlukan rehat. Kalau dalam ibadat pun tidak boleh melampau, apatah lagi dalam nak mengejar dunia yang bersifat sementara. Kekadang kita lupa sehinggakan bukan sahaja tiada masa untuk solat sebagai satu keperluan rohani, malah untuk rehat sebagai hak badan juga kita abaikan. Kita bekerja bagai nak rak untuk cari kesenangan dunia, tapi kemudian sakit dan akhirnya mati. Bila masanya kita nak nikmati semua yang kita usahakan itu?. Itulah sebabnya Islam gariskan perlunya kita menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia agar kita tahu menghargai diri dan persekitaran.

Masa yang Allah kurniakan kepada aku ini, di gunakan ke jalan yang baik kah atau jalan yang tidak baik? Ini kerana masa yang diberikan tidak datang 2 kali. Sebagai contoh, pada waktu 11:50 malam 31 Disember 2009 kita merancang untuk pergi menyambut tahun baru Masehi bersama rakan2. Waktu yg disebutkan itu tidak akan berulang pada kali kedua di masa lain. Jadi ketika itulah yang saya maksudkan kita hanya ada 2 pilihan samada untuk pergi atau tidak pergi dan kalau kita pergi kita perlu tahu untuk kategorikan samada perkara yang kita buat itu baik atau buruk dan kemudian perkara yang kita lakukan itu nanti akan dapat bagi point untuk memungkin kita masuk syurga atau masuk ke salah satu dari jurang api neraka?.

Sama-samalah kita fikirkan. Moga Allah beri kita hidayah untuk mencari sinar Iman yang tak pernah kunjung malap.

-Al-Faqir ilallah, Abu Fauzan-


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: