Musafir Lalu

18 11 2009

Daripada lbnu ‘Umar r.a. beliau berkata:
Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu.

lbnu ‘Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.

HR lmam al-Bukhari (Hadith No.40, Hadith 40 oleh Imam Nawawi)

Pengajaran hadis:

(1) Kehidupan di dunia adalah kehidupan sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Kerana itu, manusia di minta agar mengambil berat soal akhirat dan mengambil dunia seumpama seorang musafir lalu atau seorang dagang, yang hanya membawa barang keperluan di perjalanan, bukan membawa semua barang-barang.

(2) Seorang mukmin tidak harus memanjangkan angan-angannya, kerana dia terdedah kepada panggilan maut pada bila-bila masa. Dia semesti sentiasa berwaspada menghadapi maut. Apabila pagi tiba, seolah-olah dia tidak akan hidup hingga ke petang dan apabila tiba waktu petang, dia merasa seola-olah dia tidak sempat menghirup udara pagi esoknya.

(3) Larangan memanjangkan angan-angan dan gesaan agar hidup secara sederhana tidak bermakna lslam menghalang kemajuan dan kekayaan. lslam membenarkan penganutnya menjadi hartawan dan negara lslam menjadi sebuah negara maju tetapi dengan syarat menjadi seorang mukmin dan negara lslam yang bertaqwa. Kemajuan dan kekayaan adalah untuk Allah.

Wallahu ‘alam





The Arrival – Ketibaan

10 11 2009

Sebuah Dokumentari Dajjal MESTI TONTON oleh semua.

Produksi oleh http://www.wakeupproject.com

Tonton

Dajjal… Siapa Dajjal sebenar? Di mana IA sekarang? Benarkah IA bermata satu? Apa kaitan Dajjal dan Anti-christ?

Saksikannya sendiri…





Kira-kira dan berkira (Sambungan)

19 10 2009

Sambungan dari tulisan yang lepas, di sini saya suka untuk memberikan beberapa lagi situasi untuk sama-sama kita fikirkan sebagai sebahagian dari muhasabah diri.

Situasi 1:
Waktu solat yang telah diwajibkan kepada umat Islam hanya 5 kali sehari. Kenapa pula nak kena buat solat sunat?

Situasi 2:
Derma untuk pembinaan masjid yang telah dirancang oleh jawatankuasa masjid supaya di kutip di kalangan pelajar Malaysia ialah 2000yen sebulan. Kenapa aku nak bagi lebih?. Mujur aku bagi juga 2000 yen tu. Kalau aku tak bagi langsung….

Situasi 3:
Kuliah maghrib yang telah dijadualkan akan dibuat pada hujung minggu ni akan berlangsung. Sambil memerhatikan email hebahan, kita pun mula membuat kira-kira. Duit minyak nak ke kaikan (surau sementara tempat buat kuliah maghrib) aje dah berapa yen, masa lagi…bukan setakat masa kuliah tu aje sejam, nak tunggu solat maghrib lagi pastu sambung dengan solat isyak pulak…hish..lama tu!.

Kita pernah dengar yang Nabi SAW dan para sahabat solat begitu lama. Malah ada di dalam suatu hadis sahih yang mengatakan pada satu2 rakaat kekadang Rasulullah membaca surah-surah panjang seperti Al-Baqarah, Ali Imran dan Al-Maidah. Pernahkah kita terfikir, macammana Nabi dan para sahabat blh berdiri begitu lama sedangkan kita solat 5 minit pun penuh dengan rungutan kalau imam baca surah Al-Mulk atau As-Sajadah. Jawapannya ialah kerana mereka merasai kemanisan dalam beribadah. Begitu juga dalam bersedekah, bagi mereka yang blh merasai kemanisannya, ia akan mencari sebanyak mana peluang yang blh bagi ia terus meneruskan bersedakah.

Seorang sahabat pernah bertanya kepada saya, bagaimana untuk nak terangkan kepada Non-Muslim yang kita umat Islam ini melakukan suatu ibadah itu sebagai WAJIB. Tidak dapat tidak, kita kena buat. Memang pada permulaannya ia agak sukar, tetapi bila kita sudah mula mencapai tahap kemanisan sesuatu ibadah, semua itu tidak mustahil dan kita akan sering melakukannya dengan penuh rasa suka.

Itulah sebenarnya “kunci” kepada kebahagian. Bukan sahaja kebahagian hidup di dunia, tetapi juga akhirat. Biarlah ibadah yang kita lakukan itu hanya sedikit, tp kalau ianya di lakukan secara istiqamah dan ikhlas, hati akan menjadi tenang dan kegembiraan akan lahir dari amal kebajikan yang kita buat itu.

Kesimpulannya, kalau kita mahu “berkira-kira” dalam agama, beberapa persoalan yang mungkin blh di tanya pada diri kita;
i. Berapa lama tempoh kita mahu hidup di dunia ini?
ii. Rezeki siapa yang sedang kita kecapi ini?
iii. Bumi milik siapakah yang sedang kita duduk ini?

Pesan Imam Ghazali:
“Cintailah sesiapa yang kau sukai di dunia ini, tetapi ingatlah bahawa suatu hari nanti kau akan berpisah dengannya. Hiduplah sebagaimana yang kau kehendaki di dunia ini, tetapi ingatlah bahawa suatu hari nanti kau akan mati. Buatlah apa yang kau sukai di dunia ini, tetapi ingatlah bahawa suatu hari nanti kau akan dibalas setimpal dengannya.”





Berapa kalikah kita membuat kira-kira dalam hidup

18 10 2009

Selalunya perkataan “kira” atau “kira-kira” tidak dapat lari dengan subjek matematik. Samada kita suka atau tidak subjek ini di sekolah, kita amat perlukan kemahiran ini untuk menjamin perjalanan kewangan kita terutamanya supaya lebih tersusun dan dapat di uruskan dengan baik. Namun sejauhmanakah kita gunakan kemahiran kira-kira kita untuk akaun akhirat?. Satu persoalan yang suka saya lontarkan untuk kita sama-sama fikirkan.

Selalunya kalau di letak tajuk “muhasabah” dalam tajuk syarahan atau tulisan, orang akan kata ini mesti ceramah agama. Kalau kita tengok balik, dulu subjek matematik pun di panggil ilmu hisab.  Tak kiralah apa orang panggil pun, yang penting kemahiran membuat kira-kira ini memang penting. Bukan sahaja untuk kehidupan dunia, tetapi juga untuk akhirat. Mari kita lihat satu persatu senario di bawah dalam ayat dan situasi yang lebih mudah faham.

Situasi 1:

Ketika solat Jumaat, tabung derma sedang di tolak di saf yang kita berada. Kita pun dah mula buat kira-kira sebab dalam poket hanya ada RM50 dan 20sen. Nak bagi RM50….nanti, duit tengok wayang habis. Silap haribulan duit makan kat warung yang selalu kita lepak pun takde. Bila nak masukkan 20sen, terasa macam malu la pulak nanti orang tengok kita bagi duit syiling je. Kalau dulu takpe la ada duit syiling RM1, tapi sekarang dah takde...last-last selepas beberapa congakan yang kita buat, se-duit pun kita tak letak.

Situasi 2:

Kita merancang untuk pergi menunaikan haji di Mekah. Kos semuanya termasuk tambang kapal terbang, penginapan, makan minum dan sebagainya di anggarkan dalam RM20 ribu. Bila di buat kira-kira kos membuat haji ni lebih mahal kalau nak di bandingkan dengan upah orang buat haji (niyabah dalam haji) bila kita dah mati nanti, ianya akan jadi lebih murah mungkin hanya 10% dari kos pergi haji sendiri. Akhirnya kita membuat keputusan, tak payah la pergi haji sebab kos nya terlalu mahal. Bukan sebab kita tak mampu, tapi sebab ada kaedah lain yang kita rasa dapat jimatkan kos.

Situasi 3:

Kita pergi menunaikan haji. Sempat menunaikan solat di Masjid Nabawi, di hadapan Kaabah dan beberapa masjid yang dijanjikan pahala yang beribu kali ganda di bandingkan dengan menunaikan solat di masjid-masjid lain. Selepas selesai solat, kita pun membuat kira-kira dan kata..”Selepas membuat kira-kira pahala yang aku dapat dengan menunaikan solat di tempat-tempat tadi, maknanya semua dosa yang aku tinggalkan solat sebelum ni kira dah selesai lah…alhamdulillah!”

calculator

Kalkulator ini sesuaikah untuk mengira pahala dan dosa kita?

(Ditulis oleh fauziharis)