Meeting 2010/12/03

6 12 2010

In the name of Allah, the Most Gracious, Most Merciful

I, Mohd Afif bin Che Roselam has been given the responsibility to replace Farhan(Moll) while his absence as secretary of NAMAS.

Below are the result that has been discussed:

Program : Islamic Cultural Party

Aim :  To introduce Islam to non muslim people

Target : Lab mate

Time : 21 January 2011(1530~)

Venue : Secomu Hall

Attendance : 50person include muslims

1. welcoming speech by FORHAD

2. intro : simple presentation by JAIS(MC) and FAUZI

3. imam talk 30minute

4. QnA

5. Food Party(videos and songs by HERMY / FOOD by SOFIAN)

*invitation card AFIF

*wordrobe SANIY

1. We decided to invite imam that can speak both language Japanese and English as the aim of the program is to introduce to non muslim people. We agreed to invite 2 imams and support the travel expenses.

2. We still not sure whether this kind of religion party need permission from university or not.

3. The date and venue for the program is depend on imam availability.





EID ADHA PARTY

12 11 2010

In the name of Allah, the most beneficent and the most merciful

Assalamualaikum

We will celebrate Eid Adha this year on

WEDNESDAY, 17th of NOVEMBER 2010

The eid adha prayer will be conducted at

PRAYER ROOM(30th ANNIVERSARY MEETING ROOM)

At 8.00 am

Please come BEFORE 8am. The prayer will be lead by Mr. Naim.

Small party will be held. We really appreciate for those who wants to bring and share their foods(pot luck)

 

Allah is the Greatest, Allah is the Greatest, Allah is the Greatest,

There is no deity but Allah

Allah is the Greatest, Allah is the Greatest

and to Allah goes all praise





Latest NAMAS meeting

23 07 2010

Alhamdulillah, the latest NAMAS meeting was held on 15th July 2010. Many agendas which include the current masjid fund, programme during Ramadhan and improvement for the temporary musolla was discussed among the committee members and local muslims.

NAMAS will be holding a grand meeting on the 4th August 2010.





“Kalaulah…”

28 03 2010

Daripada Abu Hurairah ra, katanya Rasulullah saw bersabda : Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi  Allah SWT daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan di akhirat); dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah, yakni putus harapan, atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata “kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu”; akan tetapi katakanlah “Taqdir Allah, dan Allah berbuat sekehendak-Nya”. Sesungguhnya perkataan ‘kalaulah’ hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu. (HR Muslim)

Sudah menjadi kebiasaan kita melafazkan “kalau…” ketika berhadapan dengan perkara yang tidak seperti kita impikan seolah-olah tidak redha dengan ketentuan Ilahi. Ketika gagal dalam peperiksaan, “Kalaulah dulu aku belajar sungguh-sungguh…” yang kita ucapkan. Ketika basikal dicuri orang, “Kalaulah semalam aku kunci basikal aku…” yang kita ungkapkan. Ucaplah seribu kali ‘kalau’ kalau kita mahu. Ambillah hikmah disebalik ‘kalau’ itu. Tetapi kalaulah ‘kalau’ hanya kata-kata kosong tanpa sebarang perubahan, ianya tidak bermakna.

Tapi ingat!

Ucaplah sejuta kali ‘kalau’ pun di hadapan Allah di akhirat kelak, semuanya sudah terlambat. Sepertimana firmanNya :

6. Dan orang-orang yang ingkar kepada Tuhannya, memperoleh azab Jahannam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.7. Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu menggelegak,8. hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang-orang kafir), penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: “Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan?”9. Mereka menjawab: “Benar ada”, sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami mendustakan(nya) dan kami katakan: “Allah tidak menurunkan sesuatupun; kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar.”10. Dan mereka berkata: “KALAULAH kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala.”11. Mereka mengakui dosa mereka. Maka kebinasaanlah bagi penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala. (al-Mulk : 6 ~ 11)





Lelaki dan Kepompong

15 02 2010

Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.

Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.

Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang selama-lamanya…

Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga kupu-kupu itu siap untuk terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Kadang-kadang ujian dan perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Allah membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dengan ujian dan sentiasa berharap kepada makhluk lain. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.

Allah swt sentiasa tahu yang terbaik untuk hamba-hambaNya

Kita mungkin tidak akan pernah dapat… terbang… jauh… Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati. Dan Allah memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal…

Kita memohon kebijaksanaan. Dan Allah memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

Kita memohon kemakmuran. Dan Allah memberi kita akal, tenaga dan masa untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.

Kita memohon cinta dan kasih sayang. Dan Allah memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai demi mencari keredhaanNya.

Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati. Dan Allah memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti untuk kita gapai peluang yang ada.

Begitulah cara Allah membimbing kita.

Adakah jika kita tidak memperoleh apa yang kita idamkan, bererti bahawa kita tidak mendapatkan segala yang kita inginkan ?

Kadang-kadang Allah tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita.

Adakala disebalik kejayaan yang kita pinta, kegagalan yang kita perolehi kerana itulah yang terbaik bagi kita. Mungkin kerana kejayaan itu bakal menjauhkan daripadaNya, bakal membuat kita lupa Pencipta, bakal menjadikan kita hamba yang lupakan Tuannya. Mungkin juga dengan kegagalan itu Allah mahu kita lebih dekat denganNya, mahu kita minta lagi daripadaNya, mahu kita sentiasa mengingatiNya.

Carilah hikmah disebalik perancangan-perancangan Allah kerana hikmahnya itulah yang terbaik untuk kita.





Tempe

30 01 2010

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatn ya sendiri. Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba- tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib,bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , “Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin” Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin”.

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Semen tara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. “Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya”Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”. Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya danbersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menj adi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu
berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita
perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita
sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa
terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak
pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga solat 5 waktu , menyegerakan solat dan berpesan-pesan ke arah kebaikan…





Kita hanya ada 2 pilihan

1 01 2010

Di dalam Al-Quran ada di nyatakan bahawa setiap sesuatu yang diciptakan ini ada pasangan. Adam dan Hawa, malam dan siang, tinggi dan rendah, kecil dan besar, syurga dan neraka dan berbagai lagi pasangan2 yang kalau nak ditulis di sini boleh di buat satu ensiklopedia khas pasangan2 ini. Bukan itu yang ingin di utarakan dalam entri kali ini. Namun itu sebagai titik tolak untuk kita sama-sama fikirkan tentang diri kita sebagai manusia yang telah Allah beri tugas sebagai khalifah di muka bumi ini.

Dalam hidup sehari-hari pernahkah kita terfikir…”masuk syurga kah aku nanti atau ke neraka kah aku nanti?” bagi orang-orang Jepun yang bukan muslim, mereka tidak percaya akan adanya hari Akhirat dan hari pembalasan. Namun dalam mereka tidak percayakan nya pun, mereka tetap menjadi manusia yang baik dalam kacamata manusia lain, pembersih, amanah dan pelbagai karakter baik yang lain. Tetapi pernahkah kita terfikir, sebagai seorang Muslim yang percaya kepada hari Akhirat adakah kita telah pun mengikuti arahan dan saranan yang telah Allah dan Nabinya gariskan dalam Al-Quran dan Hadis?.

Dalam salah satu ceramah yang pernah saya ikuti, ada manusia yang berbuat baik kerana takutkan siksa Allah, ada yang berbuat baik kerana mahukan ganjaran dari Allah…mana2 satu pun ok. Asal kita buat baik kerana Allah, jangan kerana makhluk.

Dalam konteks tajuk entri kali ini, cubalah ambil sedikit ruang masa yang ada untuk fikirkan tentang diri. Janganlah terlalu sibuk hingga hak badan pun tidak di jaga. Seorang sahabat Nabi yg bernama Salman Al-Farisi pernah menegur saudaranya yang telah disaudarakan oleh Nabi SAW, iaitu Abu Darda tentang perlunya kita menjaga hak badan iaitu badan perlukan rehat. Kalau dalam ibadat pun tidak boleh melampau, apatah lagi dalam nak mengejar dunia yang bersifat sementara. Kekadang kita lupa sehinggakan bukan sahaja tiada masa untuk solat sebagai satu keperluan rohani, malah untuk rehat sebagai hak badan juga kita abaikan. Kita bekerja bagai nak rak untuk cari kesenangan dunia, tapi kemudian sakit dan akhirnya mati. Bila masanya kita nak nikmati semua yang kita usahakan itu?. Itulah sebabnya Islam gariskan perlunya kita menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia agar kita tahu menghargai diri dan persekitaran.

Masa yang Allah kurniakan kepada aku ini, di gunakan ke jalan yang baik kah atau jalan yang tidak baik? Ini kerana masa yang diberikan tidak datang 2 kali. Sebagai contoh, pada waktu 11:50 malam 31 Disember 2009 kita merancang untuk pergi menyambut tahun baru Masehi bersama rakan2. Waktu yg disebutkan itu tidak akan berulang pada kali kedua di masa lain. Jadi ketika itulah yang saya maksudkan kita hanya ada 2 pilihan samada untuk pergi atau tidak pergi dan kalau kita pergi kita perlu tahu untuk kategorikan samada perkara yang kita buat itu baik atau buruk dan kemudian perkara yang kita lakukan itu nanti akan dapat bagi point untuk memungkin kita masuk syurga atau masuk ke salah satu dari jurang api neraka?.

Sama-samalah kita fikirkan. Moga Allah beri kita hidayah untuk mencari sinar Iman yang tak pernah kunjung malap.

-Al-Faqir ilallah, Abu Fauzan-